Wednesday 7 December 2011

Pelancongan yang menarik

      Sebagai seorang guru , kadang-kala kita menghadapi banyak tekanan . Maka jika ada masa lapang , kita boleh menggunakan cuti itu dan membuat rancangan yang rapi supaya dapat melepaskan tekanan . Apabila kita dapat merancang dengan baik , maka kita dapat bermain dengan sesuka hati . Rancangan yang rapi seperti mencari agen pelancongan yang boleh dipercayai atau melayari internet untuk mencari maklumat yang sesuai adalah untuk memastikan kita dapat melancong dengan sewenang-wenangnya .
      Saya juga merupakan seorang yang suka melancong , walaupun ia akan menggunakan duit yang banyak , tetapi jika kita dapat melepaskan tekanan dan membantu kita meluaskan pengetahuan , saya rasa ia adalah memadainya .
      Pada tahun 2010 , saya telah  melancong ke Taiwan . Ia merupakan sebuah negara yang saya sukai , maka saya merancang dengan kawan dan pergi ke sana . Ia bukan sahaja membantu saya memperluaskan pengetahuan , bahkan merapatkan perhubungan dengan kawan-kawan . Kita juga dapat melepaskan tekanan daripada kerja-kerja .
      Oleh itu , marilah kita melancong bersama-sama . Tetapi untuk menggalakkan pelancongan di negara kita , saya rasa lebih baik kita melancong di Malaysia juga memandangkan di negara kita juga terdapat banyak tempat dan pemandangan yang menarik .



No comments:

Post a Comment