Saturday 29 October 2011

Balik Kampung - Sudirman



Lagu Sudirman .....memang rindunya.....Dia merupakan seorang penyanyi yang disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia...Masihkah kita ingati suara merdu dari Sudirman?
Marilah sama-sama kenang kembali.....Harap-harap semua yang ingin balik ke kampung,pandulah cermat dan berhati-hati di jalan raya.....

Wednesday 26 October 2011

The Christmas song Celine Dion



Lagu christmas ini disukai ramai ,termasuk saya . Walaupun masih awal lagi , tetapi lagu yang sedap tidak kira masa dan waktu....Marilah kita sama-sama mendengar lagu ini .

Twinkle Twinkle Little Star



Lagu ini sesuai untuk budak yang berumur 2 tahun ke atas.Walaupun ia merupakan lagu kanak-kanak , tetapi tidak kira umur ke berapa , saya tetap suka lagu ini .Guru boleh menggunakan teknik penggabungjalinan iaitu mengajar muzik dan Bahasa Inggeris .Ini sesuai untuk murid yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris ,maka guru boleh menggunakan lagu ini untuk menarik minat belajar mereka .

The sound of music do re mi fa



Lagu ini sangat disukai ramai .Ia merupakan lagu yang senang dinyanyi oleh murid-murid tahap 1 , dan ini boleh menggalakkan mereka suka menyanyi.Jika guru boleh membawa murid ke luar kelas dan belajar bersama-sama di padang atau taman , ia juga merupakan sesuatu yang seronok . Guru yang pandai memainkan guitar juga sangat menarik.Rakan-rakan semua ,memandangkan muzik sebagai pendidikan yang senang dan menarik.

Cara belajar recorder sopran

Murid-murid hanya mengikuti gambar yang dipaparkan belajar  recorder sopran .
Guru boleh meminta murid memainkan alat dengan solo , kumpulan atau secara seluruh kelas .

Kebaikan memainkan secara solo adalah guru dapat mengesan sama ada murid itu dapat mengenali semua cara recorder ,tetapi memakan masa yang banyak .
Kebaikan memainkan secara kumpulan atau seluruh kelas adalah menjimatkan masa dan murid tidak merasa segan , tetapi guru tidak dapat mengesan sama ada murid sudah mencapai objektif atau tidak .
Maka guru boleh menggunakan cara-cara yang berbeza untuk mengajar .
Selepas murid sudah mengenali cara-caranya , maka guru boleh meminta murid mulai mainkan lagu .

Tuesday 25 October 2011

Keranamu Malaysia Music Video



Buruh nelayan dan juga petani,
gaya hidup kini dah berubah.
Anak-anak terasuh mindanya,
lahir generasi bijak pandai.

Pakar IT pakar ekonomi ,
jaguh sukan dan juga jutawan.
Berkereta jenama negara,
megah menyusur di jalan raya.

Alam Cyber berteknologi terkini.
Kejayaan semakin dihampiri,
biar di kota ataupun desa,
Kita semua pasti merasa bangga.

Keranamu kini mendapat tuah,
keranamu kami bangsa berjaya.
Keranamu kami hidup selesa,
Limpah budi kemakmuran negara.

keranamu kami bebas merdeka,
keranamu nyawa dipertaruhkan.
keranamu rela kami berjuang,
Demi bangsa kedaulatan negara.

keranamu negara Malaysia.
Malaysia.
Terima kasih Malaysia.

Sebuah lagu yang dapat memupuk semangat rakyat Malaysia,perpaduan merupakan usaha yang amat penting bagi kerajaan dan semua warga negara.
Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mencapainya!

Lagu Geylang Si Paku Geylang



Gey-lang si paku gey-lang,
gey-lang si rama-rama.
Pulang marilah pulang marilah pulang bersama-sama.
Pulang marilah pulang marilah pulang bersama-sama.

Sebuah lagu yang menarik minar murid-murid dan mereka merasa seronok apabila menyanyi lagu ini.Jom semua juga turut bersama-sama pulang ke rumah atau kampung untuk bertanya khabar dengan ibu dan bapa atau nenek dan datuk.

Lenggang Kangkong



Lenggang lenggang kang-kung,kangkung tepi telaga.
Lenggang lenggang kangkung,kangkung tepi telaga.
Balik dari menyabung makanlah nasi sahaja.
Balik dari menyabung makanlah nasi sahaja.

Guru cuba menggunakan alat-alat perkusi untuk menarik minat belajar murid.
Guru juga boleh menyuruh murid untuk memupuk tangan bersama-sama sambil menyanyi lagu ini.
Guru juga boleh minta murid berkumpul menjadi satu bulatan dan menyanyi bersama-sama.

Sunday 23 October 2011

Negaraku



Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahgia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahgia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta.

Lagu ini akan dimainkan pada perhimpunan atau aktiviti yang besar.Lagu patriotik ini perlu dipandang serius dan murid perlu dididik supaya berdiri ttegak semasa menyanyikan lagu ini.

Rasa Sayang Sayange (Children Song)

Lagu Patriotik - Jalur Gemilang 2

Thursday 20 October 2011

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya


Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!

Setiap rakyat Malaysia haruslah megenali lagu patriotik.Marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu ini.  

Lirik Lagu Rasa Sayang

Rasa Sayang

rasa sayang eh
rasa sayang sayang eh
eh lihat nona jauh
rasa sayang sayang eh
buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan


Sayangilah kawan,sayangilah ibu bapa,sayangilah orang yang kita ingin sayang!

Wednesday 19 October 2011

Jom Bermain Ansambel Muzik Sekolah 2

Teknik Meniup Rekorder

Bagi teknik meniup rekoder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.
Lima teknik tersebut ialah:

1.     Postur
2.     Embouchure
3.     Penglidahan
4.     Pernafasan
5.     Penjarian
        Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.

Postur

Embouchure    
   
        Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece).  Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder.  Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.

Penglidahan 

        Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.
Untuk not  tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah.  Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’.  Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup.  Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan.  Bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.

Pernafasan

        Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal.  Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju dalah untuk meniup not tinggi.  Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.

Penjarian

        Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder.  Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.  Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.  Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

        Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.  Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6.  Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking.

        Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat.



        Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder.  Postur yang baik membantu untuk menghasilkan kualiti ton yang baik.  Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa.  Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan.  Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.  Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder.  Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan ‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak.

Jom Bermain Ansambel Muzik Sekolah

  • Recorder
Recorder memiliki beberapa jenis, iaitu Recorder Alto, sopranino dan Sopran. namun disini kita akan menggunakan rekorder sopran. Rekorder sopran termasuk jenis alat musik tiup yang dibuat darpada kayu, namun sekarang banyak dibuat dengan menggunakan plastik.
Dibawah adalah gambar dari rekorder sopran.


Gambar 1. Rekorder Sopran

Recorder sendiri terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu Kepala, Badan, kaki, dan Mouthpiece serta lubang nada. untuk lebih jelasnya dibawah ini saya tampilkan gambar bahagian- bahagian rekorder sopran.

kemudian setelah murid dapat mengetahui bahagian - bahagian recorder, persiapkan rekorder dengan jumlah murid dalam satu kelas. dan mulailah memegang rekorder. persilahkan murid mengenali rekorder secara langsung. setelah itu mari belajar cara memegang rekorder dengan benar.

Setelah mengenalkan recorder, persilakan murid untuk meniup secara bersama - sama dalam hitungan yang bersamaan pula. dan mulailah belajar mengenal nada sesuai yang ada pada gambar.

Friday 14 October 2011

Welcome to my new home

Selamat datang ke blog baru saya,rakan-rakan....
Harap semua akan selalu mengingati bahawa dalam dunia ini masih penuh dengan kasih sayang...Sayanglah pada orang yang anda sayang.