Saturday 10 December 2011

Kelas muzik 2K




     Ini merupakan murid kesayangan saya di dalam kelas 2K  di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin .

     Murid sangat suka dan berminat semasa guru sedang mengajar . Kelas muzik merupakan satu mata pelajaran yang disukai ramai . Guru boleh menggunakan alat-alat perkusi sebagai bahan ABM yang sesuai dan pasti disukai oleh murid .

  Yang paling penting guru perlu mengadakan rancangan pengajaran yang rapi dan terancang supaya dapat menarik minat murid untuk belajar .

Thursday 8 December 2011

Orkestra cina

      Orkestra cina , merupakan salah satu tradisional daripada kaum cina . Saya telah belajar "er-hu"  pada masa yang panjang , tetapi sampai sekarang telah berhentinya .

http://www.baidu.com/



      Ia merupakan salah satu alat muzik yang saya menguasai . Malah saya serta kumpulan orkestra saya telah mengadakan pelbagai persembahan di tempat tinggal saya . Malah kami juga mengadakan persembahan di Kelantan , ia merupakan pengalaman yang manis dan dikenangi oleh saya .

      Walaupun ia hanya ada dua batang kord , tetapi bukan mudah untuk menguasainya .....Maka kita perlu belajar note dan nota , mengenali cara-cara menguasainya .

      Di Malaysia terdapat ramai orang yang suka alat muzik orkestra cina dan memndangkan ia sebagai kerja cari makan . Harap tradisional ini akan diteruskan selama-lamanya....

Wednesday 7 December 2011

Tarian yang menarik

      Tarian , memang juga merupakan sesuatu aktiviti yang disukai oleh budak-budak . Ia merupakan salah satu aktiviti yang boleh dipilih oleh murid . Ramai murid tahap satu amat suka tarian . Dalam sekolah saya mempunyai 6 orang cikgu yang mengajar tarian , diantaranya adalah satu tarian melayu dan lima tarian cina .
      Tarian , merupakan sesuatu aktiviti yang terlibat dengan pergerakan tangan dan kaki . Murid suka menggerakkan kaki tangan , maka ia juga membantu murid melepaskan tekanan daripada belajar .
      Pergerakan yang sesuai boleh membantu anak-anak menambahkan peringatan mereka , kerana melalui tarian , murid juga perlu mengingati banyak step yang penting , mereka juga perlu mengikuti tempo muzik dan menggerakkan kaki tangan mereka . Oleh itu , ia juga membantu memperkembangkan penggunaan otak kanan mereka .
      Oleh itu , guru dan ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak belajar menari dan menyanyi .





Anak Itik Tok Wi Ikan Kekek Jong-Jong Inai ASA 2010



Raptai Anugerah Seri Angkasa 2010 PWTC

      Ini  adalah satu peluang yang baik bagi anak-anak untuk melatih keberanian mereka . Saya juga amat memupuk kanak-kanak mengambil peluang untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti persembahan yang sesuai asalkan tidak mengganggu pelajaran mereka .

      Tetapi memandangkan ramai ibu bapa yang juga akan mengambil kesempatan ini untuk memupuk anak yang mempunyai bakat dalam nyanyian dan tarian untuk mencari duit . Saya rasa ini bukan sesuatu yang baik . Harap-harap anak tidak akan membiarkan pelajaran mereka diterbiarkan .

     

Pelancongan yang menarik

      Sebagai seorang guru , kadang-kala kita menghadapi banyak tekanan . Maka jika ada masa lapang , kita boleh menggunakan cuti itu dan membuat rancangan yang rapi supaya dapat melepaskan tekanan . Apabila kita dapat merancang dengan baik , maka kita dapat bermain dengan sesuka hati . Rancangan yang rapi seperti mencari agen pelancongan yang boleh dipercayai atau melayari internet untuk mencari maklumat yang sesuai adalah untuk memastikan kita dapat melancong dengan sewenang-wenangnya .
      Saya juga merupakan seorang yang suka melancong , walaupun ia akan menggunakan duit yang banyak , tetapi jika kita dapat melepaskan tekanan dan membantu kita meluaskan pengetahuan , saya rasa ia adalah memadainya .
      Pada tahun 2010 , saya telah  melancong ke Taiwan . Ia merupakan sebuah negara yang saya sukai , maka saya merancang dengan kawan dan pergi ke sana . Ia bukan sahaja membantu saya memperluaskan pengetahuan , bahkan merapatkan perhubungan dengan kawan-kawan . Kita juga dapat melepaskan tekanan daripada kerja-kerja .
      Oleh itu , marilah kita melancong bersama-sama . Tetapi untuk menggalakkan pelancongan di negara kita , saya rasa lebih baik kita melancong di Malaysia juga memandangkan di negara kita juga terdapat banyak tempat dan pemandangan yang menarik .



Saturday 3 December 2011

A Whole New World-Disney's Aladdin sing along



Amazing world ! Harap-harap kita semua ada lamp of Aladdin ...... Kalau dalam dunia ini mempunyai sebuah lampu yang boleh mencapai keinginan diri , ini memang merupakan sesuatu yang disukai ramai . Tetapi kita semua pun tahu , jika kita tidak belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh , kita tidak mencapai apa yang kita hendaki . Kita perlu mempunyai objektif yang jauh dan berpandangan jauh ....Kita perlu mempunyai wawasan yang besar dan jauh....barulah dapat meningkatkan diri dan membantu memajukan negara ...
Kita dapat mengubahkan kehidupan kita jika dapat berusaha dengan tekun ....

Part Of Your World- Disney The Little Mermaid Sing-Along



Little Mermaid merupakan salah satu kartun yang menarik dan disukai ramai . Harap semua suka akan kartun dan lagu ini . Dalam cerita ini menyatakan little mermaid ingin menjadi orang dan suka putera , tetapi dia tiada kaki dan bukan manusia , maka dia terpaksa menukar suara yang merdu untuk mendapatkan sepasang kaki . Dia telah mengorbankan suaranya dan akhirnya terjumpa putera yang dia sukai . Malang sekali putera tidak tahu bahawa little mermaid suka dia , dia ingat puteri lain yang menyelamatkannya . Akhirnya little mermaid mengorbankan nyawanya dan menjadi gelembung . Malangnya little mermaid ini .
Untuk mendapatkan cinta yang suci , kita terpaksa mengorbankan sendiri , ini adalah perkara yang tidak memadai . Harap semua orang menghargai diri sendiri .

Friday 2 December 2011

Beauty and the Beast- Celine Dion



Kartun ini juga merupakan salah satu kegemaran saya , ia juga merupakan salah satu koleksi saya .Walaupun ia merupakan kartun yang menyatakan cerita kasih sayang , tetapi ia juga menyerapkan nilai murni yang baik iaitu kita tidak boleh memilih kawan dengan memandangkan permukaan sahaja . Kita perlu memilih kawan yang baik hati .

Hakuna Matata (English Version)



The Lion King merupakan sebuah kartoon yang sesuai dengan kanak-kanak . Dalam movie ini kita mendapati anak singa ini menghadapi masalah kerana bapa saudara dia ingin merampas harta ayahnya , ini menyebabkan dia perlu melarikan diri untuk menjamin nyawa diri . Kita perli belajar daripada singa ini kerana dia dapat menjaga diri dan dia mempunyai kawan-kawan yang boleh membantu dia .

Kita boleh belajar nilai-nilai murni daripada kartoon ini .