RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK
Mata pelajaran : Pendidikan muzik
Masa : 10:45 – 11:15 a.m.
Tarikh : 23.01.2011(Ahad)
Kelas : Dua Kuning
Bilangan murid : 32 orang
Tajuk / bidang : Mengenali tempo lambat dan tempo laju
Item : 1.1 Irama
1.1.2 Tempo : tempo lambat dan tempo laju
Hasil pembelajaran : Aras 1 (a) Menyatakan perbezaan tempo pada lagu diperdengarkan dengan betul
Pengetahuan sedia ada: Murid pernah mendapat pendedahan tentang irama dalam pembelajaran yang lalu
Aktiviti : 1) Menyanyi lagu “Bunga Mawar”
: 2) Mengintepretasi tempo lagu melalu alatan .
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1) Menyanyi dengan tempo yang betul
2) Mengintepretasi tempo lagu melalui alatan
Penggabung jalinan : Mendengar , memerhati dan menyanyi
Penerapan nilai : Bekerjasama
Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran : CD , CD player , buku nyanyian , kastenet , carta lagu
Langkah / masa | Isi pelajaran | Aktiviti pengajaran dan pembelajaran | Catatan |
Set induksi ( 3 minit ) | Bunga Mawar | 1 Guru menunjukkan “Bunga Mawar” dan menyuruh murid memberitahu apa bunga ini ? Dialog : G:Murid-murid,apa nama bunga ini ? Murid memberitahu nama bunga itu . | Gambar Bunga Mawar |
Langkah 1 ( 10 minit ) | 1 Mendengardan menyanyi lagu 2 Membezakan tempo lambat dan tempo laju | 1 Murid mendengar dan menyanyi lagu “Bunga Mawar” dari CD Player . 2 Murid dibahagikan kepada dua kumpulan : Kumpulan A : menyanyikan lagu “Bunga Mawar” - cepat Kumpulan B : menyanyikan lagu “Bunga Mawar” – lambat 3 Guru berbincang bersama-sama murid mengenai tempo bagi lagu yang dinyanyikan . | Lampiran 1 : lirik lagu Bunga Mawar |
Langkah 2 ( 12 minit ) | Memainkan alat-alat perkusi | 1 Guru meminta murid mengintepretasi tempo lagu melalui alatan . Bunga Mawar : Kastenet : 2 4 cepat / lambat | |
Penutup ( 5 minit ) | 1 Nyanyian lagu 2 Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid | 1 Murid menyanyi keseluruhan lagu sambil memainkan alat perkusi mengikut tempo . |
Lampiran 1 :
BUNGA MAWAR
Kutanam pokok bunga
Bunga mawar namanya
Kusiram dan kujaga
Lama besar jadinya
Kupetik bunga mawar
Kuletak di kepala
Kujalan sini sana
Harum wangi baunya
No comments:
Post a Comment