http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Index.htm
http://naldyrinaldi.wordpress.com/
Alat-alat di atas hanya merupakan sebahagian alat muzik tradisional Malaysia , di negara kita mempunyai tiga bangsa yang berbeza , maka kita mempuanyai peluang untuk memainkan tiga jenis alat muzik yang berbeza.
Wednesday, 30 November 2011
Selamat Sultan (State Anthem of Terengganu)
Setiap rakyat di Terengganu mesti menguasai lagu ini memandangkan ia merupakan lagu Negeri Terengganu . Ia merupakan sesuatu lambang kepada negeri kami . Marilah kami rakyat dari Negeri Terengganu bersama-sama menyanyikan lagu ini dan mengajar anak murid kita menguasai lagu ini dengan baik dan mengajar mereka menghormati lagu dan sultan Terengganu . Lagu sebagai lambang!
Old McDonald had a Farm
Lagu ini sedap dan senang dinyanyi dan dikuasai oleh murid-murid , malah orang dewasa juga suka akan lagu ini memandangkan ia memang sebuah lagu yang mempuanyai bunyi-bunyi binatang....Marilah nyanyi bersama-sama dengan anak-anak dan murid-murid anda....
Nursery Rhymes - Mary Had A Little Lamb
Lagu ini walaupun merupakan lagu kanak-kanak , tetapi bagi budak tahap satu , ia masih merupakan sesebuah lagu yang sesuai dengan umur dan tahap mereka . Lagu ini dapat membantu murid yang lemah dalam Bahasa Inggeris untuk menguasainya . Ia mudah difahami dan senang untuk menyanyikan .
Marilah belajar lagu-lagu yang sedap dan senang !
Monday, 28 November 2011
Aktiviti menghiaskan kelas Tahun Baru Cina 2011
Sekolah kami akan mengadakan aktiviti menghiaskan kelas pada Tahun Baru Cina pada tiga tahun lepas , ini adalah idea bagi guru besar kami . Apa yang menggembirakan adalah kita mendapati murid suka akan aktiviti ini memandangkan ia dapat memupuk nilai-nilai kerjasama daripada murid-murid . Murid-murid akan berbincang bersama guru untuk membawa alat-alat yang sesuai untuk membuat persiapan dan menghiaskan bersama-sama .
Di bawah adalah ganbar-ganbar yang menunjukkan hasil daripada usaha kita .
Murid-murid amat suka akan aktiviti ini....^^
Inilah hasil usaha bersama-sama!
Setiap aktiviti bukan sahaja dapat merapatkan hubungan di antara satu sama lain dan dapat meningkatkan keceriaan dalam kelas !
Oleh itu , pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja hanya mementingkan keputusan sahaja , bahkan kita perlu mempelbagaikan aktiviti yang sesuai untuk memberi peluang kepada murid .
Di bawah adalah ganbar-ganbar yang menunjukkan hasil daripada usaha kita .
Murid-murid amat suka akan aktiviti ini....^^
Inilah hasil usaha bersama-sama!
Setiap aktiviti bukan sahaja dapat merapatkan hubungan di antara satu sama lain dan dapat meningkatkan keceriaan dalam kelas !
Oleh itu , pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja hanya mementingkan keputusan sahaja , bahkan kita perlu mempelbagaikan aktiviti yang sesuai untuk memberi peluang kepada murid .
Wednesday, 23 November 2011
Persepsi Estetik
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK
Mata pelajaran : Pendidikan muzik
Masa : 10:45 – 11:15 a.m.
Tarikh : 23.01.2011(Ahad)
Kelas : Dua Kuning
Bilangan murid : 32 orang
Tajuk / bidang : Mengenali tempo lambat dan tempo laju
Item : 1.1 Irama
1.1.2 Tempo : tempo lambat dan tempo laju
Hasil pembelajaran : Aras 1 (a) Menyatakan perbezaan tempo pada lagu diperdengarkan dengan betul
Pengetahuan sedia ada: Murid pernah mendapat pendedahan tentang irama dalam pembelajaran yang lalu
Aktiviti : 1) Menyanyi lagu “Bunga Mawar”
: 2) Mengintepretasi tempo lagu melalu alatan .
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1) Menyanyi dengan tempo yang betul
2) Mengintepretasi tempo lagu melalui alatan
Penggabung jalinan : Mendengar , memerhati dan menyanyi
Penerapan nilai : Bekerjasama
Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran : CD , CD player , buku nyanyian , kastenet , carta lagu
Langkah / masa | Isi pelajaran | Aktiviti pengajaran dan pembelajaran | Catatan |
Set induksi ( 3 minit ) | Bunga Mawar | 1 Guru menunjukkan “Bunga Mawar” dan menyuruh murid memberitahu apa bunga ini ? Dialog : G:Murid-murid,apa nama bunga ini ? Murid memberitahu nama bunga itu . | Gambar Bunga Mawar |
Langkah 1 ( 10 minit ) | 1 Mendengardan menyanyi lagu 2 Membezakan tempo lambat dan tempo laju | 1 Murid mendengar dan menyanyi lagu “Bunga Mawar” dari CD Player . 2 Murid dibahagikan kepada dua kumpulan : Kumpulan A : menyanyikan lagu “Bunga Mawar” - cepat Kumpulan B : menyanyikan lagu “Bunga Mawar” – lambat 3 Guru berbincang bersama-sama murid mengenai tempo bagi lagu yang dinyanyikan . | Lampiran 1 : lirik lagu Bunga Mawar |
Langkah 2 ( 12 minit ) | Memainkan alat-alat perkusi | 1 Guru meminta murid mengintepretasi tempo lagu melalui alatan . Bunga Mawar : Kastenet : 2 4 cepat / lambat | |
Penutup ( 5 minit ) | 1 Nyanyian lagu 2 Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid | 1 Murid menyanyi keseluruhan lagu sambil memainkan alat perkusi mengikut tempo . |
Lampiran 1 :
BUNGA MAWAR
Kutanam pokok bunga
Bunga mawar namanya
Kusiram dan kujaga
Lama besar jadinya
Kupetik bunga mawar
Kuletak di kepala
Kujalan sini sana
Harum wangi baunya
Sunday, 20 November 2011
Note mudah penjarian
Note mudah penjarian B
Note mudah penjarian A
Note mudah penjarian G
Note mudah penjarian F
Note mudah penjarian E
Note mudah penjarian D
Note mudah penjarian C
Note mudah penjarian C"
Note mudah penjarian D"
Guru-guru atau murid-murid boleh mengikut langkah-langkah di atas untuk memainkan seruling . Marilah kita belajar bersama-sama dan belajar meniup lagu kesukaan kita .
Note muzik
http://www.google.com/
Note muzik di atas sebagai salah satu bahan pengajaran yang perlu diketahui oleh murid-murid tahun 4 hingga 6 . Maka guru perlu mengajar murid melalui teori dan seruling .
Guru boleh menunjukkan note yang betul atau meminta bantuan daripada murid .
Note muzik di atas sebagai salah satu bahan pengajaran yang perlu diketahui oleh murid-murid tahun 4 hingga 6 . Maka guru perlu mengajar murid melalui teori dan seruling .
Guru boleh menunjukkan note yang betul atau meminta bantuan daripada murid .
Monday, 14 November 2011
Pengajaran lagu Rasa Sayang
Saya telah menjalankan pengajaran di kelas 2K .Di bawah adalah Rancangan pengajaran Harian saya .
Lampiran 1 :
Ini adalah salah satu ABM yang digunakan oleh saya .
Murid-murid kelas 2K yang sangat ceria dan aktif . Mereka merasa agak seronok apabila menyanyi .
Inilah alat-alat perkusi yang digunakan semasa pengajaran . Ia merupakan alat-alat muzik yang disukai oleh murid .
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK
Mata pelajaran : Pendidikan muzik
Masa : 10:45 – 11:15 a.m.
Tarikh : 04.09.2011(Ahad)
Kelas : Dua Kuning
Bilangan murid : 32 orang
Tajuk / bidang : Nyanyian dan mengenal alat-alat perkusi
Item : Melodi dan alat-alat perkusi
Hasil pembelajaran : Menyanyi mengikut senikata lagu dan mengenal alat-alat perkusi
Pengetahuan sedia ada: Murid pernah menyanyi lagu kegemaran dan pernah melihat alat-alat perkusi seperti loceng , kerincing , kayu Tik-tok tamborin dan kastanet.
Aktiviti : 1) Menyanyi lagu “Rasa Sayang”
: 2) Memainkan alat-alat perkusi
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1) Menyanyi dengan tempo yang betul
2) Memainkan alat-alat perkusi dengan tempo yang betul
3) Menyanyi dengan pernafasan yang betul
Penggabung jalinan : Mendengar , memerhati dan menyanyi
Penerapan nilai : Kasih sayang , kerjasama dan prihatin
Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran : CD , CD player , kertas mahjong yang tulis senikata lagu , alat-alat perkusi , buku nyanyian
Langkah / masa | Isi pelajaran | Aktiviti pengajaran dan pembelajaran | Catatan |
Set induksi ( 2 minit ) | Rasa Sayang | 1 Guru menunjukkan “love shape” dan menyuruh murid memberi pandangan mereka Dialog : G:Murid-murid,apa yang kamu fikir dengan gambar ini? Guru biarkan murid memberi pandangan masing-masing. | Gambar “love shape” |
Langkah 1 ( 15 minit ) | 1 Mendengar lagu 2 Melihat senikata lagu tersebut | 1 Guru memainkan lagu “Rasa Sayang” berserta dengan lirik lagu tersebut melalui kertas mahjong. 2 Guru meminta murid mengingat dan menghafal senikata lagu 3 Guru memilih seorang murid menyanyikan lagu. 4Murid menyanyi lagu tersebut secara berkumpulan bergilir-gilir dengan tepukan tangan. | Kertas mahjong yang dituliskan lirik “ Rasa Sayang” - rujuk lampiran 1 |
Langkah 2 ( 10 minit ) | Memainkan alat-alat perkusi | 1 Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan menyanyi dan kumpulan memainkan alat-alat perkusi . 2Guru membahagikan alat-alat perkusi 3 Murid yang terpilih diberi alat-alat perkusi seperti kayu Tik-Tok , kerincing,tamborin 4 Guru memberi tunjuk ajar kepada murid untuk memainkan alat-alat perkusi . 5 Murid mula menyanyi dengan tepukan tangan dan murid yang sekumpulan lagi memainkan alat-alat perkusi . | Alat-alat perkusi seperti kayu Tik-tok,kerincing,tamborin |
Penutup ( 3 minit ) | 1 Nyanyian lagu 2 Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid | 1 Guru bersama-sama murid nyanyikan lagu “Rasa Sayang” dengan tempo yang laju 2 Guru menerapkan nilai-nilai murni kepada murid iaitu kasih sayang ,kerjasama dan prihatin kepada murid yang berusaha . 3 Murid simpan alat-alat perkusi |
Rasa Sayang
Rasa sayang eh
Rasa sayang sayang eh
Eh lihat nona jauh
Rasa sayang sayang eh
Rasa sayang sayang eh
Eh lihat nona jauh
Rasa sayang sayang eh
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Ini adalah salah satu ABM yang digunakan oleh saya .
Inilah alat-alat perkusi yang digunakan semasa pengajaran . Ia merupakan alat-alat muzik yang disukai oleh murid .
Tuesday, 8 November 2011
Chan Mali Chan
chan mali chan
Dimana dia anak kambing saya,
Anak kambing saya di tepilah bendul.
Di mana dia,anak kambing saya,
Anak kambing saya di tepilah bendul.
Chan mali chan.chan mali chan,
chan mali chanketipong payung.
chan mali chan.chan mali chan,
chan mali chan ketipong payung.
Di mana dia buah hati saya,
buah hati saya bagai telur dikupas.
Di mana dia buah hati saya,
buah hati saya bagai telur dikupas.
Chan mali chan ,chan mali chan,
chan mali chan ketipong payung.
chan mali chan,chan mali chan,
chan mali chan ketipong payung.
Burung Kakak Tua
Burung kakak tua ingin menyampaikan nilai-nilai yang positif iaitu kita perlulah berbakti kepada ibu bapa .
jong jong inai
Tarian jong jog inai merupakan tarian tradisional .
Koleksi Lirik Lagu RakyatJong Jong Inai
Jong jong inaiMak ipong waja wali( 2X )
Jong jong inaiMak ipong waja waliSepak tunggul inaiBerdarah ibu kaki( 2X )
Semangkuk jerlukSepinggan dagangTak cukup pulutTambah nasi dagang( 2X )
Jong jong inaiMak ipong waja wali( 2X )
Marilah kita bersama-sama menari sambil belajar muzik.
Tuesday, 1 November 2011
Lagu anak Indonesia - Kasih Ibu
Mata pelajaran : Pendidikan Muzik
Tahun : Dua
Masa : 30 minit
Aspek : Persepsi Estetik
Item : 1.3 Ekspresi
1.3.2 Mud - sedih
Strategi : KBKK , kecerdasan pelbagai
Nilai murni : Berdikari , kasih sayang
ABM : Radio , alat perkusi
Hasil Pembelajaran : Aras 1 (a) Memberi respon yang sesuai terhadap mud lagu yang diperdengar
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah menyanyikan lagu-lagu dalam pelbagai mud
Aktiviti : 1. Mendengar dan menyanyikan lagu-lagu mud sedih
2. Membuat gerakan kreatif untuk menunjukkan mud sedih
3. Memilih dan memainkan alat perkusi yang sesuai iaitu kayu tik-tok dan kerincing untuk menunjukkan mud.
Contoh lagu : mud sedih - Kasih ibu
4. Berbincang dan menyeranaikan beberapa contoh lagu yang bersesuaian dengan mud.
Subscribe to:
Posts (Atom)